Thursday, September 8, 2011

ketandusan pejuang kemerdekaan!

(pasukan polis bukit kepong)
(chin peng wira negara DAP)
sekadar renungan..
Jika anda lantang bersuara menjatuhkan negara sendiri, lebih baik anda mengusir diri anda dan keluarga dari negara ini,
jika anda menggunakan wang kerajaan dan mengutuk negara sendiri, gunakan kemudahan kerajaan, dipersilakan keluar..
senarai negara yang akan menerima pengkhianat negara
1) korea utara
2) libya
3) rusia
4) myanmar
5) somalia
6) sierra leone

jadi disana anda boleh memperjuangkan 'hak rakyat', 'duit rakyat', 'kebebasan bersuara'

Salam. sudah sekian lama tidak menulis di blog ini.. Terasa kepanasan hati bila mana semakin ramai pejuang negara diperbodohkan dan dipersoalkan.,,
1511: Melaka jatuh ketangan portugis (salah satu sebab kekalahan ialah apabila pedagang india membantu)
selepas itu british, jepun, komunis.. baru 54 tahun merdeka kebodohan anak bangsa dah nak menggadaikan negara?? juallah negara kepada singapura, juallah negara kepada komunis? jangan sampai anak cucu anda hilang negara kerana kebodohan anda sendiri

pejuang yang menggadai nyawa untuk negara
- tok janggut
- kanang anak langkau
- datuk maharaja lela
- leftenan adnan saidi
- Dato Abdullah haji Dahan
- Rentap
- Sarjan Jamil mohd Syah

tokoh perjuangan kemerdekaan
- tunku abdul rahman
- Tan cheng lock
- Vt Sambathan

melihat kepada senarai nama diatas, dimana makhluk2 yang selalu mengutuk dan memperlemahkan kerajaan... tidak akan ada sesebuah negara yang pembangkangnya akan mempersoalkan dan menghebahkan kelemahan pertahanan negara melainkan di Malaysia..,

dimana : M. Manoharan? DSAI? Theresa Kok? Mat Sabu?

makhluk ini diangungkan?? apa jasa pembunuh 1346 pejuang negara di era komunis?? jika anda menjadi ahli keluarga pejuang yang dibunuh, anda mahukan dia diagungkan??


Aku berharap agar kita sama2 berjuang menentang pengkhianat bangsa dan negara..
Tidak ada orang lain selain anda yang akan perjuangkan negara, bukan DAP, PKR? kerana makhluk2 ini sudah ada bot menunggu mereka untuk berlari dari perjuangan.. salam merdeka (berdoalah agar ini bukan merdeka terakhir buat malaysia negara islam)

Sunday, February 27, 2011

NIAT SEBENAR TONY PUA TERHADAP ATM DIDEDAH

Salam semua…
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong hari ini mendedahkan niat sebenar Tony Pua melemparkan fitnah berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah bagi memburukkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mata dunia.
Katanya, tindakan wakil rakyat DAP itu yang berselindung di sebalik perjuangan rakyat, adalah untuk memastikan ATM selaku angkatan bersenjata yang begitu berjasa dalam mempertahankan keamanan, tidak lagi dipercayai oleh semua pihak khususnya rakyat negara ini.
Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan jahat Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu adalah bertujuan memaksa Kementerian Pertahanan dan ATM mendedahkan butir-butir kekuatan pertahanan negara, demi keuntungan politik pihak asing.
Sehubungan itu, Lum Yong yang juga salah seorang pengasas PKR menggesa kerajaan bertindak segera dengan memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut, agar ia menjadi pengajaran kepada semua ahli politik supaya jangan mempolitikkan isu pertahanan negara.
"Saya sudah berpuluh tahun dalam pembangkang. Pembangkang melalui Tony Pua mahu memburukkan imej ATM supaya semua pihak tidak lagi menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada organisasi ini biarpun jasa ATM dalam menjaga keamanan tidak ternilai. Dia mahu jadi hero dengan merosakkan imej ATM.
"Dia juga ada niat lain meskipun sedar bahawa banyak maklumat berkait dengan ATM adalah sulit. Semuanya kerana kepentingan politik sempit pembangkang walaupun tuduhan yang mereka lempar langsung tidak disokong dengan bukti," katanya kepada pemberita di Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.
Beliau mengulas tuduhan Tony Pua kononnya keputusan kerajaan meluluskan peruntukan RM6 bilion bagi membeli enam buah kapal LCS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah 870 peratus lebih mahal berbanding harga yang dibayar negara lain termasuk oleh Amerika Syarikat.
Tuduhan wakil rakyat DAP itu kemudiannya menjadi senjata makan tuan apabila pelbagai pihak tampil menafikan dan mengkritik beliau sebagai cetek pengetahuan berhubung ilmu ketenteraan termasuk Panglima TLDM sendiri, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Menyedari dirinya sudah terjerat dalam perangkap ciptaan sendiri, Tony Pua secara tiba-tiba 'bersembunyi', termasuk tidak menyahut cabaran supaya melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar pembelian kapal itu diselubungi rasuah.
Mengulas lanjut isu itu, Lum Yong memberi tempoh seminggu kepada Tony Pua untuk mendedahkan bukti tuduhannya kepada SPRM atau satu laporan polis akan dibuat terhadapnya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.
Kata Lum Yong, sebagai seorang wakil rakyat, Tony Pua mesti bertanggungjawab terhadap segala tuduhan dan kenyataan yang dibuatnya.
"Jangan jadi penakut dan bertindak seperti 'baling batu sembunyi tangan'. Jika benar dia berjuang atas nama rakyat, Tony Pua perlu dedahkan segala bukti kepada SPRM kerana agensi ini sedang menunggu bukti.
"Lagi pun ini bukan kali pertama Tony Pua menunjukkan standard yang cukup rendah bagi seorang ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
"Dia membuat kenyataan dan tuduhan berulang kali tanpa sebarang bukti. Budaya mempolitikkan semua perkara tidak patut wujud di negara ini," tegas Lum Yong lagi. - Utusan.

Saturday, January 15, 2011

malaysia = tunisia??

sekian lama saya tidak meng'update' blog ini. Banyak hendak diperkatakan tetapi apakan daya, masa tidak membenarkan. Kesibukan kian menggangu diri.
BTW, saya menginginkan semua pembaca merenung beberapa perkara yang berlaku diketika ini
1) kerajaan tunisia yg jatuh akibat pemberontakan akan menyamai malaysia jika 16 september(DSAI menakluk malaysia) berlaku
2) kerajaan PAS membenarkan pakaian ketat di dalam perkarangan masjid untuk exercise
3) menteri besar selangor, mengangguk dan bersetuju bahawa kata2 ronnie liu tentang isu larangan muslim bekerja tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak.
4) DSAI dicabar melakukan sumpah bahawa dia tidak pernah terlibat salah laku seks
5) Isu interlok

jikalau boleh berikan pandangan saudara-saudari sekalian berkenaan isu2 diatas, dan bagi saya jika betul PAS memperjuangkan islam, sesungguhnya dia tidak menghalalkan perbuatan DAP dan PKR yang secara terang melanggar hukum islam.