Tuesday, July 27, 2010

Umat Islam Malaysia Wajib Halang DAP Perintah Malaysia





(gambar diatas, DAP hilang jawatan, melayu baring tengah jalan)


Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang?

1. PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi.


2. Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu.


3. Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya). Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.


4. Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka. Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) dan strategi itu kekal berjaya sehingga hari ini, selama 52 tahun.


5. Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasai kuasa politik dan ketenteraan tanah air. Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan Perlembagaan Persekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.


6. Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjaya diselesaikan. Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihak dalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yang makmur dan mewah. Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah mulai lemah.


7. Strategi pecah dan perintah itu mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang Melayu itu mulai berpecah. Melayu tidak sepadu dulu lagi. Mereka sudah berpecah kepada beberapa kumpulan. (BacaCuit: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti (25 Mac 2009), ia mengandaikan Melayu sudah berpecah enam. Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan satu petunjuk, yang tidak pernah terlintas di fikiran selama ini, yang orang Cina boleh menguasai kuasa politik di negara ini.


8. Ia hanya boleh berlaku jika orang Melayu berpecah. Orang Melayu yang marah, keliru, sakit hati secara protes tidak memberi undi kepada parti pemerintah, yang bangsa mereka sendiri menguasainya.


9. Protes itu secara tidak sengaja telah memberi petunjuk, yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini. Negeri-negeri yang dikuasai DAP pada pilihan raya umum lalu ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sebahagian besar Wilayah Persekutuan. Negeri Sembilan hampir-hampir dikuasai mereka. Jika Melaka dan Johor pun jatuh ke tangan DAP - maka sebahagian besar Pantai Barat 'emas' Semenanjung Malaysia akan dikuasai DAP.


10. Jika ia berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuannya dengan abang mereka PAP dari Singapura. Apa seterusnya berlaku, belum terlintas lagi di fikiran, namun teorinya mungkin sudah boleh di agak.


11. Secara akademik, ia tidak mustahil berlaku. Melihatkan perkembangan semasa ia memang boleh berlaku. Jika perkembangan itu membawa kepada pilihan raya umum ke-13 kelak, maka Melayu sudah boleh menjangka nasib mereka. Hasil strategi tidak putus asa pembangkang, mereka telah berjaya mewujudkan beberapa puak yang bertelagah di kalangan orang Melayu.


12. Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman masing-masing. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman dan keadilan mereka.


13. Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.Tiba-tiba orang Melayu bermusuh dengan orang Cina dan orang India. Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu tidak pasti, tapi usaha-usaha untuk mewujudkan kebencian antara Melayu dan kaum-kaum lain semakin nyata sekarang.


14. Strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan (divide and conquer) kini berada dalam tangan pihak pembangkang. Mereka sedang bermain dengan strategi itu. Mereka sedang menguasai keadaan dengan sebaik mungkin. Orang Melayu yang tidak sedar dengan permainan itu turut serta dalam percaturan itu. Mereka gagal melihat muslihat di sebaliknya.


15. Strategi yang sama pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan ia berjaya. Pihak yang dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yang majoriti sedikit daripada puak minoriti itu. Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya. Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah. Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa melukut di tepi gantang. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licik untuk meminggirkan satu-satu puak.


16. Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang.


17. Ditambah lagi, ada pula pihak-pihak bermain dengan perang psikologi dengan sengaja menuduh orang Melayu adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan. Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan itu kuat, pakatan tidak boleh berbuat apa-apa.


18. Di masa pengundi-pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintah kerana melihatkan mereka ada advantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang India pula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.


19. Sama ada ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akan menjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.


20. Tanpa disedari, para strategis ini (dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kini menuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.


21. Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya. Orang Melayu pada masa itu akan turut melukut di tepi gantang. Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.

Saturday, July 24, 2010

negara sarawak??

NEWS FLASH - Sarawak to be an independent country???!!!

On last Monday, all Members of Parliament who presented at the august house were just could not believe what they had heard.

The so-called 'hard' news which they heard from a 'reliable' source had gave the shivers.

It was not on the mass defection of the BN members to the opposition but something bigger than that.

It was on the plan to take out Sarawak from the federation of Malaysia.

And the man behind the plan is said to be the State Barisan Nasional (BN) chairman Pehin Sri Abdul Taib Mahmud who is also the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) president.

The source of the so-call 'hard' news is none other than the Bintulu Member of Parliament Datuk Sri Tiong King Sing who is a member of Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) which is led by Dato Sri William Mawan Ikom.

Datuk Sri Tiong has to come up with hard evidence to support the so-call 'hard' news.

Is he trying to drive a wedge between Pehin Sri Abdul taib Mahmud and Datuk Seri Najib Tun Razak???



plus comment from sarawakian:
1)yahooooooooooo free at last free at last dari dak lepehh
2)kita patut polah pungutan sora kinek tok. kita maok jadi negara beraja atau berparlimen. mun raja, kita pilih taib jadi raja kita. giney, semua setuju?

p/s: if they wanted it to happen, nothing that any Malaysian could do about it.. whether you impose 'ordinan darurat', u cant make a thing about it..let alone military impose....
the only way to save country is to convert to republican maybe?? no democracy is possible right now. Its so sad to be a Malaysian which our country is ripping apart....
S.O.S...



Friday, July 23, 2010

bersihkanlah hatiku dari titik hitam...

Malaysia will burn, definitely...


from: grandaughter of tunku abdul rahman (a malay who think akta hak ketuanan shoulkd be abolish)
If I am Bumiputra, why can't they be, too? Clearly I have issues with the term.

I think the main reason why we still can't achieve total unity is because of this 'Malay rights' concept. I'd rather 'Malay rights' be replaced by human rights. So unless we get rid of this Bumiputra status, or reform our views and policies on rights, we will never achieve unity.

A dear Chinese friend of mine said to me once, "I don't feel patriotic because I am not made to feel like Malaysia is my home, and I don't feel an affinity to China because I have never lived there. (actually is this a malaysian that we hope to defend our country)

from: malaysia kini ( a chinese who feel dejected by the way the chinese treated although he have good job)
My son had an ASEAN scholarship to do his A-Levels in Singapore. He is now about to complete his Mechanical Engineering degree at the end of this year at National University of Singapore. Told him to get a job there and don't comeback to Malaysia. This country has no future!

back to my previous post about possibility of war against the singaporean, marked my word, if any other imperialism want to take on Malaysia, they will succeed easily because of this defactors. they will be a 'history' repeated when traders in 'KESULTANAN MELAYU MELAKA' help the Portuguese to conquer Melaka and there will be a repeated Perang Klang (1867-1874),and other which i know you all had learn by history....

trust me when tok janggut, mat kilau, rosli dhobi, rentap, dato' maharajalela sacrifice will be for nothing, bak kata pepatah tunku abdul rahman 'adalah mudah mencapai kemerdekaan tetapi mengekalkan kemerdekaan adalah lebih sukar'.

hope for unity for malays, chinese, indians, iban, bidayuh and all others Malaysian, with Hak Bumiputra is protected...


Thursday, July 15, 2010

potential malaysia war



i would like to give some opinion ont his matter.. it will based on fact and statistics.
actually, we need to think about future, in other way, we must think for the possibilities of country which may attack us in future for sake of imperialism.
the first country on my list is singapore.. with military expenditure of
US$ 7,966,000,000, and compared to malaysia which is US$ 4,078,000,000. By the way, singapore is much more smaller than us.. they created and manufacture locally such as (PEGASUS) - Light Weight Howitzer(left pict), steyr(right), amhibians, 6 frigates locally build...

Moreover, our country had a lots of defactors such as DSAI, also loves to mention people who sell our jet engine to uruguay, and some people who loves to see Malaysia lost to singapore. Add to this is the political detestable, with DAP(which are branch of Singapore) which would like to offer our people to be killed and to be controlled by singapore.

In addition, i would like to put in statistics of military personnel: (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_number_of_active_troops)
Malaysia: 110000 active personnel
41600 reserved
20100 paramilitary
171700(total number)
singapore: 72500 active personnel
312500 reserved
96300 paramilitary
481300(total number)

So by this fact alone malaysia(171700) vs singapore (481300)
in malay peribahasa it says (sudah terang lagi bersuluh), i will said, it will be singapore win; in terms of military technologies, number of military personnel, and foreign support.

sadly, till now with lack of local manufactured and research of military equipment. I really thankful to god till today that ALLAH still give peace to Malaysia. Till now, i still enjoy my dishes, family and home, but it is a matter of time before all of this will be gone forever.. thankyou ALLAH. (alhamdulillah..kerana memberikan aku nafas untuk hidup di dalam bumi Malaysia, dapat beramal di dalam masjid dengan aman. Jangan Kau jayakan niat kafir laknatullah ini, semoga engkau berikan Malaysia kekuatan sebagai negara Islam yang dapat mempertahankan diri di dalam peperangan)

Wednesday, July 14, 2010

terlampau banyak perkara yg perlu dilakukan sebelum PRU 13

sedih apabila melihat anak bangsa dan anak malaysia menterbalikkan Malaysia...
sedih apabila melihat melayu terbaring dijalan raya, sedih melihat melayu menangis kerna kehilangan hak..

Tuesday, July 13, 2010

Is there a future for doctors in Malaysia??



Nowadays nearly 30 medical school in Malaysia, and compared to UK, there are approximately about 28 medical school that are producing doctors. Malaysia had previously just produces about 4000 House officer(trainee doctor). Moreover, there are also influx from overseas such as Russia, Indonesia and India. The major thing that we need to discuss, is it depend on quantity or quality?? As a medical student, i myself, cannot see the future of doctors now in Malaysia. According to research done in peninsula, previously 10-20 years ago, trainee doctors are assign for 1 to 20-30 patient, but now trainee doctors are 1 to 2 patient. As an addition, many specialist are complaining of incompetency of trainee doctors coming from russia and indonesia, as well local new medical school. This is just one problem. The other things is that when Malaysia are classified as developed country according to statistics of 1 to 300; doctor to patient in 2013 or 2014, where to put the remaining doctors in the hospital?? Are Malaysia want to pursue as an exporter of the doctors, while other field such as engineering, hospitalities, pharmaceuticals and technologist remain shortage in human resource not to mention lack of quality?

Besides that, towards to modernization and developed country, people, will be more specific as an example, if a patient complain of skin infection- he will straightly go to dermatologist, while of patient complain of muscle cramp, he will straightly go to orthopedics. As a result, there will be no more clinic with only degree doctors.

If the government remain lenient and still giving lots and lots more accreditation to overseas university and private university, trust me, there will be no more respect to medical field and there will be no more future to our new generation of doctors.

Sunday, July 11, 2010

i'm not a racist



i'm not a racist.. i'm a nationalist... i love my country to be in multi culture... that's why is a best interest for all to maintain our RUKUN NEGARA and PERLEMBAGAAN NEGARA...
Its not a time for people to argue about DEB or HAK KETUANAN ORG MELAYU because this things had create stability for our country..So because of that, we must maintained it.. thanks to all readers..

roket pecah atau roket terbang??


baru-baru ini saya pasti semua orang penah terbaca berita2 masa kini yang melapor tentang DAP mendaftarkan 40 pengundi dan UMNO hanya 1 pengundi setiap hari...
Apa yang kita boleh simpulkan daripada ini ialah bagaimana pengundi DAP ( pengundi cina khususnya) lebih berpelajaran dan kesedaran berbanding pengundi india dan melayu... mereka ini tahu bahawa undian dan kesatuan adalah sangat penting supaya integriti mereka ini tidak hilang dan utuh. Mereka juga hampir2 menguasai pentadbiran sebelum 13 mei, sperti yang saya ceritakan sebelum ini, jadi mereka ini yakin bahawa, kali ini mereka akan berjaya dengan mempunyai seorang pengkhianat bangsa(DSAI) dan buta politik (PAS). Mereka ini sangat hampir..2 negeri sudah dikuasai.
Seperti yang pembaca2 sekalian ketahui,
1)bahawa bagaimana xavier duduk saf yang kedua untuk memberi ceramah politik di dalam masjid dan menghalalkan arak, menyokong pembinaan kuil di selangor???
2) bagaimana nga kor ming bercita2 menjadi menteri besar perak tetapi digagalkan dengan hukum kanun negeri perak...menendang wakil dari PAS begitu sahaja
3) bagaimana kg buah pala (india) dan kg melayu di pulau pinang dirobohkan, tadika untuk kanak2 blajar dikunci?

byk lagi sebenarnya yang saya ingin ketengahkan tetapi tidak kesempatan.. tetapi secara sinis, saya merasakan bahawa remaju melayu khususnya sangat lemah dalam pengetahuan politik dan tidak bertanggungjawab terhadap bangsanya sendiri.. aku harap dlm PRU akan datang, tidak mahu negara MALAYSIA yg kucintai ini dijajah dan dikuasai bangsa asing dan SEMENANJUNG SINGAPURA..


ungkapan emas pemimpin nazi


aku tertarik dengan ungkapan emas ini..seperti orang cakap, satu gambar seribu maksud....

Saturday, July 10, 2010

peristiwa 13 mei 1969


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk

Pada hari itu, mmg telah berlaku pergaduhan besar diantara kaum Cina dan melayu yang mengakibatkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. Pada pukul 6.45 petang, Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri-negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.

peristiwa panggung odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang askar melayu. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara mohd radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai bersama rakan-rakannya dari semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di negeri lain.


P/S pesan aku, kepada melayu2 yg menyokong DAP, diharap sekurang2nya anda semua tidaklah berpaling tadah org2 melayu nnt pada masa depan.. Kenapa org cina membantah diadakan perhimpunan memperingati peristiwa 13 mei di terengganu hari itu?? semua disebabkan mereka takut, semua anak muda melayu sekarang tahu, bahawa merekalah yang memulakan peperangan ini dahulu, dan sejak dari azali lagi, bahawa jika mereka dapat menguasai pentadbiran negara, sesungguhnya mereka akan tendang hak keistimewaan orang melayu dan rizab2 yang ada ke laut china selatan dan selat melaka..



dilema melayu

tujuan aku tulis blog ini kerana aku rasa byk isi hati aku perlu diterjemahkan ke penulisan..
jadi aku jadikan blog ni bertemakan isu-isu masa kini dan lepas supaya pembaca dan rakyat mengetahui apa yg berlaku yg tersurat atau tersirat.. supaya mereka sedar bahawa mereka perlu bangkit menjulang nama bangsa, agama dan negara..